Sekejap je RH rasa dah nak masuk bulan March untuk tahun 2009 ni. Pejam-celik, pejam-celik...musim berubah musim...hari berganti hari....dah nak habis 2009.
Bila bercakap tentang musim, ini adalah satu kelebihan bila berada di luar negara seperti Australia ni, dapat menikmati musim-musim yang berlainan. Sekarang ni, Australia sedang mengalami musim summer.
Australia ni lain sikit, kalau pagi summer, tengahari boleh jadi autumn dan petang boleh jadi winter! Very unpredictable! Kuasa Allah...! Orang-orang kat sini dah boleh terima keadaan macam tu dan mentally prepared habis!
Petang tadi RH berpeluang bersembang-sembang dengan kakak RH yang semakin sibuk sejak kebelakangan ni dengan kemasukan student baru ke universiti-universiti di Australia ni. So, kakak RH dipertanggungjawabkan untuk pergi melawat dari satu tempat ke satu tempat, dari Melbourne ke Adelaide, lepas tu ke Brisbane dan Tasmania dan sebagainya.
Banyaklah perlu berjalan, tapi kata orang, "jauh berjalan, banyak pengalaman". Bagi kakak RH, di antara pengalaman yang menarik yang dilaluinya ialah melihat kerenah penduduk-penduduk Australia ni. Menarik! Terutamanya dari segi fesyen. Dan fesyen yang paling significant sekali dalam menghadapi musim-musim yang tak menentu di Australia ni ialah fesyen ber"sunglasses".
Bila kakak RH sebut tentang sunglasses, baru RH perasan orang-orang kat sini sangat bergaya sambil menjaga mata dengan memakai sunglasses yang berbagai-bagai fesyen. Yang bestnyer, jenis sunglasses yang dipakai oleh perempuan juga dipakai oleh lelaki dan vice versa.
Pendek kata, diaorang tak pakai sunglasses semata-mata kerana gaya! Disebabkan itulah kita dapat lihat rata-rata orang-orang di Australia ni akan pakai sunglasses walau di mana diaorang berada.
Oleh yang demikian, kita boleh dapati sunglasses dijual di mana-mana kedai dengan berbagai-bagai peringkat harga. Branded dan tak branded juga sudah tidak menjadi soal kerana fesyen dan style yang dijual di sini adalah lebih kurang sahaja. Orang-orang kat sini pun tak terlalu hiraukan siapa yang mampu beli yang mahal atau siapa yang tidak mampu. Dengan itu, terhapuslah perasaan riak sesama manusia.....
RH pun dah dapat sunglasses sendiri. Kakak RH hadiahkan semasa menyambut birthday RH tahun lepas. Tapi sayangnya RH kena tukar glasses tu dulu sebab RH ni rabun jauh! Tapi, kadang-kadang tu sebab tak tahan panas yang menyilau ke mata, RH hentam pakai juga walaupun agak kabur! :-)
Itulah serba-sikit cerita tentang fesyen kat Australia ni...fesyen sunglasses. Sebenarnya, di negara kita pun boleh diamalkan perkara yang sama, sebab RH dengar musim panas semakin menjadi-jadi. Bukan apa, untuk melindungi dan menjaga mata. Janganlah beli sunglasses tu semata-mata untuk gaya sahaja.
RH rasa kalau semua orang mempunyai niat di hati untuk menjaga kesihatan dulu lepas tu baru ingat fesyen, maka ia akan mewujudkan satu budaya yang baik yang boleh menghapuskan segala pandangan negatif di kalangan masyarakat kita. Tak akan adalah juga budaya nak menunjuk-nunjuk dan mengumpat dan sebagainya.
Rasa-rasa ada yang bersetuju dengan cadangan RH ni tak? Atau ada yang mempunyai pengalaman lain berkenaan fesyen sunglasses ni yang boleh dikongsi di sini? Jomlah sama-sama kita hapuskan sebuah kata-kata "Biar Papa, Asalkan Bergaya" atau satu lagi kata-kata yang RH belajar dari seorang kakak yang berasal dari Singapura, dia bilang kata-kata ni sememangnya orang Singapura sangat familiar, "Biar Mati 'Aksyen', Jangan Mati Accident".
27.2.09
22.2.09
Customer Service Yang Tip Top & Memuaskan Hati!
Sejak kebelakangan ni RH terfikir nak buat macam-macam kerja dan projek untuk memanfaatkan lagi hidup.
RH bercadang nak polish kereta lama RH tu, nak repair serba sedikit bagi nampak baru. RH dah dapat sorang kawan yang sanggup tolong RH buat semua tu...
Selain daripada tu, RH terasa nak berkebun. Bila melihatkan pokok-pokok yang ditinggalkan kat rumah RH oleh seorang kakak angkat RH yang dah balik for good baru-baru ni.
Semangat semakin berkobar-kobar bila abang ipar RH pun mempunyai niat yang sama dan beria-ria ajak RH pergi beli tanah dan cari bekas-bekas besar untuk bercucuk tanam. Pokok-pokok yang kitaorang nak tanam terdiri daripada pokok daun kunyit, serai, cili (berbagai jenis cili), daun pudina, daun kesum...boleh buat laksa, daun bawang dan lain-lain lagi.
Untung juga kalau duduk di Australia ni belajar bercucuk tanam sendiri sayur-sayuran dan pokok-pokok seperti di atas. Ini disebabkan harga sayur-sayuran dan pokok-pokok tersebut sangatlah mahal! Tak tahan jugak kalau asyik kena beli!
So, petang tadi, RH dan abang ipar RH pergilah survey-survey tanah yang baik untuk dibeli. RH tidak pernah nak beli-beli tanah di sini, ini kali pertama RH nak mencuba...so, RH dan abang ipar RH pun cuba ke satu market jualan murah. Di samping mencari tanah yang berkualiti, kitaorang masih concern soal harga! Nak juga cari tanah yang murah!
Pusing punya pusing, tak jumpa pun orang menjual tanah baja untuk bercucuk tanam. Tiba-tiba RH terperasan di sudut market tu ada seorang perempuan tua cina sedang menyimpan semula pokok-pokok yang dijualnya di dalam kereta sebab hari dah petang...market dah nak tutup.
RH dan abang ipar RH pun menghampiri perempuan tu dan bertanya sama ada dia ada jual tanah baja atau tidak. Di samping perempuan cina tua tersebut ada seorang temannya, perempuan juga tapi orang putih, dah tua, yang begitu helpful dan kaya dengan informasi.
Kedua-kedua auntie tu mencadangkan RH dan abang ipar RH ke sebuah tempat yang menjual macam-macam jenis tanah baja untuk pokok-pokok ni sambil bercerita tentang bagaimana nak beli dan pilih tanah yang bagus pada harga yang baik. Yang bestnya, RH perasan, kita tanya sikit, 2 orang tua tu berkongsi banyak ilmu dan maklumat macam mana nak bercucuk tanam!
Free information kan RH dapat.....Itulah satu yang RH suka dengan orang-orang kat sini. Public relations skill diaorang memang terserlah dan sikap membantu dan berkongsi ilmu serta pengalaman memang tip top betul! Dua orang perempuan tu terus bercerita tak henti-henti...
Sebaik saja sampai di kedai yang dicadangkan tu, RH dan abang ipar RH ternampak beberapa jenis tanah baja yang dijual dengan harga yang berpatutan. Tetapi kitaorang tak tahu dan terpinga-pinga pula memikirkan yang mana satru yang paling sesuai untuk pokok-pokok jenis sayur-sayuran dan yang boleh dimakan.
Tiba-tiba kitaorang ternampak seorang lelaki mat saleh yang menjaga pintu masuk kat kedai tu dan kitaorang pun mengambil inisiatif untuk approach lelaki tersebut bertanya pendapat tentang tanah baja yang sesuai. Sambil cuba membantu pelanggan-pelanggan lain yang keluar masuk kedai tu, lelaki berkenaan cuba juga menjawab soalan kitaorang.
Kitaorang agak teruja dengan maklumat yang diberi oleh lelaki mat saleh tu, amatlah complete! Dia bercerita tentang tanah baja yang sesuai yang terjual di situ dan juga cara-cara bagaimana untuk mendapat result yang paling baik untuk bercucuk tanam! Dengan bantuan serta maklumat tersebut, akhirnya kitaorang dapat juga membuat keputusan dan pulang dengan hati yang sangat puas dan berkobar-kobar untuk mulai projek kitaorang.
Inilah di antara yang RH kagum kalau berurusan dengan orang-orang di Australia ni, terutama orang putih atau mat-mat saleh. Dengan politenya (kebanyakannyalah), dengan helpful, ikhlas, committed, tak kedekut ilmu, experienced, and knowledgable. Pendek kata, senang betul bila berurusan apatah lagi bila kita di dalam keadaan terpinga-pinga...macam RH dan abang ipar RH tadi....
Pernahkah kawan-kawan melalui keadaan yang sama macam RH? Dapat bantuan yang memuaskan daripada customer service desk di mana-mana pejabat, syarikat atau pusat membeli-belah? Siapa yang selalu lebih cooperative, lelaki atau wanita, bangsa kita atau bangsa asing, di negara sendiri atau di negara orang lain? Jomlah berkongsi cerita anda sama di sini...RH alu-alukan kawan-kawan semua ye.....

17.2.09
Antara Mendidik & Mengajar...Antara Erti Kehidupan & Lulus Peperiksaan
Salam semua! agak lama juga RH tak poskan cerita di blog ni ye.... RH minta maaf sangat-sangat sebab RH agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama kawan-kawan dan sibuk juga mengatur hidup dan impian RH untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam segala segi. Wah! bunyi macam serius je kan?
RH baru perasan di dalam artikel RH yang baru lepas, RH banyak bercakap tentang perhubungan suami isteri, pasangan kekasih dan sebagainya. Tetapi kali ini, RH nak sentuh pulak soal orang yang sangat penting di dalam sesebuah keluarga...ANAK_ANAK.
Bunyi macam tak ada kena-mengena dengan orang bujang kan? Memang la, tak ada kena-mengena dengan RH pun, sebab RH pun belum ada anak! Walau bagaimanapun, isu anak-anak ni masih penting dalam hidup kita semua sebab satu hari nanti bila kita kahwin, murah rezeki, Allah akan kurniakan anak-anak atau paling tidak anak-anak saudara, anak abang, anak kakak atau anak adik...macam, RH ni.
Petang tadi RH diamanahkan oleh kakak RH yang sibuk outstation untuk wakilkan dia ke mesyuarat bersama guru-guru sekolah anak-anak saudara RH. *Senyum*...rasa seronok juga bila berada di kalangan parents Australia, kebanyakan diaorang ni very supportive dan cooperative! Sikit pun RH tak rasa kekok bila bergaul dengan diaorang (dah macam kenal lama) bila diaorang sangat peramah dengan RH. Rasa seronok dan bersemangat pula nak jadi parent bila dah berumahtangga nanti!
Di sepanjang mesyuarat tersebut RH betul-betul terasa best sangat sebab atmosfera yang wujud adalah atmosfera positif dan konstruktif. Perbincangan di antara ibu bapa dan guru menjadi begitu profesional dan matang. Ini adalah kerana ibu bapa dan guru-guru diaorang amat jelas dan sedar dengan tanggungjawab masing-masing untuk mendidik anak-anak dengan efektif sekali.
Bila sebut tentang mendidik, perkara yang benar-benar meninggalkan impact di hati RH ialah sistem pendidikan diaorang. RH bukanlah pandai sangat nak berdebat tentang bidang pendidikan atau nak komen mana-mana pihak, tetapi RH cuma nak berkongsi perasaan senang dan mudah RH bila melihat dan merenung kembali kekreatifan orang-orang di bidang pendidikan di Australia ni menjalankan amanah diaorang di dalam mendidik anak-anak di peringkat awal lagi.
Pada pandangan RH, pendidikan bukanlah terhad hanya kepada pendidikan matapelajaran sekolah sahaja. Pendidikan juga merangkumi pendidikan akhlak dan cara menghadapi kehidupan dari satu peringkat ke satu peringkat ke arah kematangan anak-anak.
Terdapat perbezaan antara mendidik dan mengajar pada pandangan RH. Mengajar adalah keadaaan di mana kita mengasah akal atau minda seseorang di dalam mempelajari, mengingati serta menghafal fakta-fakta dan maklumat-maklumat sesuatu subjek. Contohnya subjek pelajaran di sekolah atau di universiti.
Manakala mendidik pula adalah berkenaan membentuk sebuah jiwa dan perangai yang sejak dari kecil adalah sangat kosong dan mentah kepada jiwa dan perangai yang penuh makna dan meninggalkan kesan di dalam sebuah kehidupan. Ini merangkumi membentuk jiwa dan perangai yang menyenangkan atau tidak di dalam diri seseorang individu itu.
Hmm...berfasalfah pula RH ni....tapi ini adalah hakikat yang RH nampak yang kita semua perlu sedar perbezaan dan kegunaan serta kepentingan antara mendidik dan mengajar. Tak guna juga kalau kita sekadar mengajar anak-anak kita atau anak-anak saudara kita tetapi tidak mendidik diaorang menjadi manusia yang berguna dan bertanggungjawab untuk diri sendiri mahupun keluarga.
Dari pemerhatian RH yang tidaklah begitu arif tentang sistem pendidikan sebenarnya, itulah usaha dan tujuan yang cuba dilaksanakan oleh pendidik-pendidik di Australia ni. Kebanyakan daripada diaorang sangat komited, ikhlas dan bersungguh dengan kerja-kerja serta tanggungjawab diaorang. Itulah perkara yang amat jelas di mata RH bila hari ini RH berpeluang join meeting sekolah.
RH rasa, diaorang di Australia yang involve dalam merealisasikan sistem pendidikan yang menyeluruh, mempunyai harapan dan impian yang berlainan terhadap anak-anak sejak dari kecil lagi. Itulah sebabnya anak-anak diaorang atau anak-anak bangsa asing yang dibesarkan di luar negara, kebanyakannya cepat matang di dalam banyak perkara.
Anak-anak dididik untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa berbuat baik terhadap semua orang. Di samping itu sistem pendidikan sekolah di Australia ini juga mendidik anak-anak untuk menjadi lebih independent serta mengasah bakat yang ada untuk menjadi manusia yang berani dan berkebolehan.
Contohnya, satu perkara yang sangat jelas berlaku adalah anak-anak saudara RH menjadi lebih berani untuk bercakap di khalayak ramai. Ini adalah disebabkan diaoarang telah dilatih di sekolah untuk berkongsi bercerita dan menyampaikan pengalaman diaorang dengan kawan-kawan diaorang melalui aktiviti story telling.
Guru-guru serta kawan-kawan diaorang begitu supportive sekali bila diaoarang bercerita di depan dan kawan-kawan diaorang diajar untuk tumpukan perhatian dan menunjukkan minat pada cerita tersebut dan tidak menjatuhkan semangat diaorang kalau diaorang buat salah. Sebaliknya diaorang dididik untuk belajar dari kesilapan sendiri bukan malu untuk buat silap. Nampak tak bagaimana anak-anak didik menjadi matang di peringkat sekolah lagi?
Inilah di antara pengisian yang terdapat di sekolah-sekolah di Australia ni. Tidak hanya tertumpu kepada matapelajaran yang hendak diajar tetapi juga memberi penekanan kepada nilai-nilai kehidupan dan kemanusiaan di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Perkara lain yang RH perasan lagi ialah anak-anak saudara RH begitu enjoy dan tertunggu-tunggu untuk hari dan waktu nak ke sekolah. RH cuba cari sebab-musababnya dan jawapan yang RH terjumpa ialah aktiviti-aktiviti sekolah diaorang yang tidak hanya tertumpu di kelas sahaja, malah diaorang dibawa keluar oleh guru-guru untuk bermain dan mengenal benda atau perkara yang luar daripada sekolah. Di antara tempat-tempat yang sering dikunjungi ialah di universiti-universiti yang berhampiran, tempat-tempat tarikan pelancong dan juga aktiviti-aktiviti camping dan sebagainya.
Itulah di antara sebab-sebab yang membuatkan anak-anak kita mahu terus bersekolah di Australia dan tinggal di Australia. Diaorang tak rasa bosan dengan hanya belajar untuk menduduki peperiksaan. Ini juga dapat menghapuskan sikap untuk sentiasa bersaing untuk jadi yang terbaik. Sebaliknya diaorang belajar untuk sama-sama support diri masing-masing untuk jadi yang terbaik. Pendek kata, diaorang dididik untuk bekerja di dalam kumpulan atau lebih dikenali sebagai teamwork.
Hah! kecik-kecik lagi dah diajar teamwork. RH masih ingat bila RH mula kenal apa itu teamwork dan belajar tentang teamwork. Bukan di universiti atau di tempat kerja tetapi dengan inisiatif sendiri serta kesedaran sendiri untuk ambil kursus berkenaan teamwork. Tapi mungkin sekarang ni dah mula di ajar di peringkat universiti kot....hopefully!
Itulah yang RH dapat berkongsi sekali ni tentang kehidupan yang diamalkan di Australia ni yang ada baiknya dan ada buruknya. Semua itu bergantung kepada kehendak hati kita sendiri sama ada mahu mengejar yang baik atau nak tiru yang buruk. Yang penting di sini, RH sedar orang-orang putih di sini lebih mengamalkan ciri-ciri Islamic cuma diaorang bukan penganut agama Islam sahaja. Jadi, marilah kita semua yang sememangnya dilahirkan sebagai orang Islam, mula ambil langkah untuk jadi lebih Islamic.
Anak-anak adalah satu amanah oleh Allah SWT untuk kita memupuk dan mendidik mereka menjadi generasi yang berguna dan bermakna untuk agama, bangsa dan negara. Sebagai ibu bapa, sedarlah dan pilihlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Dan kepada yang bujang, ingat.....jadikan pengalaman orang lain sebagai panduan untuk kita membentuk anak-anak yang bakal dikurniakan di masa akan datang.
So....pada pendapat kawan-kawan yang manakah lebih penting dan utama, DIDIK vs AJAR? Bagaimanakah anda semua mendefinisikan kedua-kedua perkataan itu berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda?

31.1.09
White Man vs Malay Man? Yang Mana Lebih Understanding?
Sebelum RH meneruskan sebarang idea atau pendapat atau pandangan, RH nak minta maaf banyak-banyak terlebih dulu kalau ada yang terasa dan yang tersinggung. RH pilih topik ni berdasarkan perbualan RH dengan seorang teman baru-baru ini melalui telefon.
Dah lama jugal RH tak hubungi teman RH tu, tiba-tiba saja terlintas nak call dia sebab..RH terpaksa mengaku RH kebuntuan idea untuk post minggu ini lalu RH teringat teman RH tu yang hidupnya sangat kontroversi. Saja je nak cucuk sarang tebuan! Jangan marah ha...
Sebagai pendahuluan, biar RH cerita serba-sedikit siapa teman RH tu. Teman RH ni seorang wanita, seorang yang terkenal, dan seorang yang very easy-going dan dia amat susah untuk take things seriously. Terutama yang berkenaan dengan perhubungan. Dia pernah cuba serius, tapi gagal. Dia kata bila dia tak serius sangat, perhubungan tu jadi panjang dan kekal. Senangkan teori hidup teman RH tu? RH pernah tegur dia tentang berdosa di sisi agama kita, agama Islam, tapi RH tak dapat sebarang response dari teman RH bila sentuh soal agama. Moga-moga dia berfikir dan akan laksanakan bab agama bila sampai masanya nanti. Okaylah, sebenarnya bukan itu isu RH kali ini. Isu yang RH ambil daripada perbualan dengan teman RH ialah isu lelaki mat saleh dengan lelaki melayu.
Tegas teman RH, lelaki mat saleh ni lebih understanding and gentleman. Menurut sudut pandangan beliau dan pengalaman beliau (abaikan pengalaman pahit beliau), bila berkawan dan berkasih dengan lelaki melayu selalunya timbul soal atau masalah tak gentleman. Lelaki melayu hanya akan gentleman di saat permulaan perhubungan, setelah beberapa lama, diaorang akan abaikan wanita yang pernah diaorang agung-agungkan.
Itu pandangan teman RH....katanya lagi dia mengambil analogi begini:
Dialog di saat awal perhubungan di dalam situasi si wanita terlanggar batu dan terjatuh: "Cis! tak guna punya batu, duduk tengah-tengah jalan macam ni!"
Dialog di saat perhubungan dah dekat nak basi atau sudah basi! : "Apa ni? You butakah? Jalan tu baik-baik la sikit, tengoklah depan...."
Bunyi macam familiar tak? Kalau ada yang pernah mengalamai situasi yang seakan-akan di atas, RH berasa amat simpati.
Okay, berbalik pada jejaka mat saleh ni, 'romantika' diaorang lebih berpanjangan. Ini mungkin sebab budaya diaorang yang tak segan-silu menunjukkan kasih sayang diaorang pada isteri masing-masing. Diaorang juga dikatakan lebih understanding. Pendek kata, tak cemburu buta dan tak terlalu tegakkan hak diaorang sebagai suami. Bila terlalu meminta-minta itulah yang akan menyebabkan si isteri atau gilfriend menjadi semakin tak larat nak melayan!
Dan satu lagi, pada pandangan RH sendiri pula...daripada pemerhatian RH sepanjang bersahabat dengan lelaki-lelaki mat saleh, diaorang tak terlalu 'show off' kelelakian diaorang. Sebab diaorang dah sememangnya lelaki sejati. Satu lagi, diaorang ni banyaknya ikhlas di dalam sesebuah perhubungan. Tiada soal menjaga hati tapi, manis di depan sahaja tapi tak ikhlas di belakang pasangan. Diaorang akan cakap terus-terang kalau ada yang tak kena dalam perhubungan.
Nampaknya, itulah yang RH boleh beri pandangan dan dapat berkongsi cerita dengan sesiapa yang membaca blog post kali ini mengenai white man vs malay man.
28.1.09
Cinta, Seks & Perhubungan Yang Kekal
Hari ini RH nak sambung bercerita tentang 'relationship' lagi...Bukan apa, sebab baru-baru ini RH singgah sekejap di pejabat kakak RH dan berpeluang bersembang-sembang dengan salah seorang kawan punjabi yang kebetulan lalu di hadapan pejabat kakak RH. Kawan punjabi tu terkeluar cerita tentang wanita melayu selalunya (berdasarkan pendapat beliau) semakin kurang berminat di dalam perhubungan seks setelah menjalani hidup berkahwin selama beberapa tahun. Itu, RH serah kalah untuk terus berdebat sebab RH kurang pasti sejauh mana kebenarannya. Katanya lagi itulah yang akan menyebabkan wanita melayu, khasnya, dan wanita-wanita umumnya akan nampak lebih tua daripada umur diaorang sebab kurang aktif dalam aktiviti seks.
Kalau dari segi umumnya, RH berani mengaku bahawa pendapat itu benar. RH ada terbaca di dalam sebuah buku yang mengatakan hubungan seks inilah yang akan membuatkan semua organ dan sel badan serta perjalanan darah menjadi 90 peratus lebih baik dan aktiviti jugak adalah salah satu sumber awet muda!
Menarikkan? Di samping dapat berseronok dan menikmati aktiviti tersebut secara halal dengan suami atau isteri...dapat pula 'ubat' untuk kekal muda. RH harap, kawan-kawan yang telah berumah tangga, janganlah sia-siakan kelebihan kenikmatan yang Allah kurniakan. Tambahan pula, kepada yang memang sudah mengetahui tentang kenyataan ini, teruskanlah bermesra-mesra dan bermanja-manja dengan pasangan masing-masing. Kebaikan yang anda akan perolehi bukan sahaja untuk anda dan pasangan tetapi juga untuk bakal anak atau anak-anak yang sedia ada. Anak-anak akan turut gembira sebab diaorang boleh rasa 'chemistry' emak bapa diaorang.
Kalau di sini pula, RH tengok pasangan suami isteri tidak segan-segan bermesra dan masih beromantik dengan tahap maksimumnya walaupun berada di depan anak-anak. Tambahan pula, budaya diaorang sememangnya sudah begitu.
Bercakap tentang budaya orang putih ni, RH tersenyum sendiri bila terkenangkan waktu sedang memandu ke salah sebuah market di Sydney ni tiba-tiba RH terpandang sebuah iklan di 'billboard' yang besar yang berbunyi begini " You want to stay longer?". Mula-mula RH ingatkan to stay alive ke atau stay young..bla..bla...bla...rupa-rupanya stay longer in making love!
Selepas beberapa hari lihat iklan sedemikian di billboard yang besar tu, RH terperasan pula iklan yang sama juga wujud di kaca tv di sini. Sambil tersengeh seorang diri, RH terfikir orang putih ni really 'all out' di dalam mengusahakan sesuatu, terutama di dalam hal-hal kekeluargaan dan keibubapaan. Diaorang tak segan-segan untuk berbincang atau berjumpa konsultan sekiranya diaorang mempunyai masalah di dalam hubungan suami isteri dan sebagainya. Mungkin disebabkan itulah kes perceraian tidak menjadi kes hebat di negara diaorang berbanding di negara kita, Malaysia. Kalau tak salah RH kes cerai-berai ni dah jadi macam cendawan tumbuh di sana! Tak larat pejabat-pejabat agama berhadapan dengan kes-kes sedemikian dari sehari ke sehari ye...
Itulah idea yang terlintas oleh RH untuk dikongsi bersama sekali ini berkenaan relationship. Diharap perbincangan kali ini dapat bagi informasi supaya kawan-kawan refresh semula perhubungan dengan cara-cara yang lebih kreatif dan menarik untuk masa depan hubungan kasih sayanag yang kekal sehingga akhir hayat. Itu sahaja harapan RH kali ini sepanjang melontar idea-idea untuk dikongsi bersama di dalam blog ini.
Labels:
awet muda,
cinta,
kasih sayang,
perhubungan kekal,
seks,
suami isteri
14.1.09
"Malu" Nak Romantik Di Khalayak Ramai? Tips Dan Cara-Cara Nak Indahkan Semula Perhubungan
Semalam RH pergi melawat seorang sahabat yang baru lepas pembedahan di Prince of Wales Private Hospital, Sydney. RH doakan semoga sahabat RH tu cepat sembuh dan dilindungi Allah SWT hendaknya. Yang seronoknya, RH dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain iaitu all the dearie sisters yang juga datang melawat sahabat RH pada hari dan waktu yang sama.
Kakak-kakak angkat RH tu semua adalah kakak-kakak yang paling 'sporting' yang RH pernah jumpa. Diaorang semua aktif dalam facebook...pendek kata selalu 'online' kat internet juga la...tambah-tambah yang jadi surirumahtangga sepenuh masa...
Bila bersembang-sembang dan cerita-cerita tentang kehidupan masing-masing...kakak-kakak RH tu sempat bertanya tentang perkembangan blog-blog RH, terutama blog yang ini. Pada masa yang sama, RH pun baru tersedar yang kakak-kakak RH tu semua tak ada seorang pun yang tinggal sebarang komen atau pendapat di blog RH ni sejak hari pertama RH mulakan blog ni. Bila RH risik-risik dengan diaorang...baru terkeluar cerita yang diaorang tak tahu nak komen apa sebab topik-topik di blog ni macam tak ada kena-mengena sangat dengan diaorang. Selepas bercakap-cakap...kakak-kakak RH tu sempat berikan cadangan supaya RH ceritakan sesuatu yang ada kaitan dengan kehidupan diaorang. Oleh yang demikian topik kali ini, RH nak sentuh soal hubungan atau ikatan kasih sayang di dalam sesebuah perhubungan, terutama hubungan suami isteri.
RH sering juga berjalan-jalan seorang di taman-taman dan di pusat membeli-belah di Sydney ni. Bukan apa, sekadar nak tengok gelagat orang-orang putih kat sini untuk dijadikan bahan tulisan RH. Di antara perkara yang RH paling suka di negara orang putih ni ialah cara 'keromantikan' kebanyakan pasangan-pasangan suami-isteri atau pasangan kekasih diaorang.
Orang putih ni suka berciuman dan berpelukan di mana-mana sahaja diaorang suka. Bukan cium yang penuh nafsu tu...tapi ciuman yang penuh dengan kasih-sayang. Diaorang cium dan peluk pasangan masing-masing bila diaorang rasa macam nak peluk dan cium. Ada yang buat sambil naik 'escalator'..sambil beratur sama-sama nak beli bayar barang kat kaunter...Diaorang tak tahan-tahan atau pendam atau halang perasaan dengan keegoan.
Diaorang amalkan sikap menghormati pasangan masing-masing dan saling menghargai. Memang la tak dinafikan budaya dan agama diaorang berbeza dengan budaya dan agama orang kita. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan-pasangan kita tidak boleh romantik dan tidak mesra sepanjang masa. Takkan kot, romantik atau mesra tu hanya terjadi bila kita di ranjang bersama pasangan kita?
Maksud RH, cuba-cubalah cari masa dan tempat yang sesuai untuk bermesra dengan isteri atau suami walaupun sekejap setiap hari. Pelukan dan ciuman adalah di antara perkara yang mudah untuk dilakukan untuk 'rasa' sayang dan disayangi sepanjang masa. Tak semestinya ciuman yang dari mulut ke mulut sahaja...ciuman di dahi atau di tangan. Kalau berjalan-jalan tu, ambil peluang untuk pegang tangan...jangan pula bagi alasan macam-macam kalau pasangan masing-masing ingin berbuat demikian...Di atas penulisan ni ada RH sertakan gambar-gambar contoh untuk kita bermesra dengan pasangan kita. Cuba-cubalah renungkan dan fikirkan apa yang RH akan terus tulis....
RH tahu pada sesetengah pasangan ada perasaan malu, tapi malu pun bukanlah alasan yang kukuh untuk kita tidak boleh bermesra dan bermanja. Inilah yang dikatakan menyekat, menghalang atau memendam sahaja perasaan sehinggalah ia menjadi 'habit' dan kebiasaan orang-orang kita.
Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh menafikan bahawa kita ingin disayangi, dibelai dan dimanja selalu...Penafian perasaan akan membuatkan hati kita menjadi keras macam batu. Bila hati keras kita tidak membuka jalan untuk pihak pasangan kita mengambil inisiatif untuk memulakan sesuatu yang romantik. Perkara sedemikian akan menyebabkan lama-kelamaan sudah tidak menjadi satu amalan dan budaya di dalam hidup berkasih-sayang di kalangan pasangan orang-orang melayu kita.
Oleh itu, RH menyeru kepada pasangan-pasangan di luar sana...baik lelaki atau perempuan...jangan biar amalan dan budaya yang salah mengharamkan perkara yang halal dan yang dituntut oleh agama dilaksanakan. Kelak, rosak rumahtangga dan binasalah agama dan bangsa.
Buat sesiapa yang tertanya-tanya atau masih tidak ada idea macam mana nak jadi romantik, di sini RH cadangkan beberapa perkara untuk kita ambil langkah-langkah ke arah lebih mesra di dalam perhubungan:
- 1) Duduk bersendirian dan bersandar serta kosongkan fikiran..cuba kenangkan semula perasaan pertama dan istimewa yang kita alami semasa di alam awal percintaan dengan pasangan hidup kita yang sekarang ni. Jangan pula terkenangkan 'ex-boyfriend' atau 'ex-girlfriend' yang lama-lama...jangan cuba cari masalah! Cuba wujudkan perasaan yang sama sekarang juga, terutama sekiranya sekarang berada dengan pasangan kita. Okay, now...buat apa nak buat...nak peluk ke, nak cium ke...nak pegang tangan ke...atau nak senyum sambil renungkan atau ke...sampai pasangan kita rasa pelik dan kurang selesa. Ops, kalau pasangan anda jadi marah, jangan salahkan RH...mungkin cara anda senyum tak betul kot....instead of senyum sayang...anda senyum kambing...apa tak kena marah. Buat yang tak berada dengan pasangan anda sekarang, bila dah wujudkan perasaan sayang...teruslah anda telefon isteri atau suami tercinta...kalau diaorang terus jawab...bercakaplah dengan nada yang lembut dan tunjukkanlah perasaan anda dengan memberitahu anda rindu padanya atau kalau malu nak mula...cakaplah rindu pada apa yang pasangan kita pernah buat pada kita yang kita suka. Itu tandanya menghargai segala kasihsayang pasangan kita. Tetapi pada yang tak berjaya cakap terus dengan pasangan, tak angkat telefonlah contohnya...lagi senang kot...tinggal saja sesuatu pesanan yang romantik di 'voice message' telefon tu. Dan kalau semuanya tak berjaya...yang paling mudah ambil sekeping kertas dan pen, tulislah sesuatu yang romantik dan simple dan serahkan pada pasangan kita mengikut kekreatifan masing-masing. RH dah penat otak nak fikirkan cara-cara dan method untuk point di atas untuk dikongsi di sini...
- 2) Cara seterusnya...carilah masa untuk anda dan pasangan anda berdua-duaan. Tak payah nak bawa anak-anak atau ajak kawan-kawan teman. Kadang-kadang bila berpeluang berada berdua-duaan sahajalah yang akan memudahkan perasaan kasih-sayang kita pasangan masing-masing. Buat yang ada anak-anak kecil...jangan jadikan alasan....jadikan satu kemestian juga sekali-sekala cari orang untuk tolong 'babysit' anak-anak...hanya untuk beberapa jam...Tak payahlah kita nak buat sesuatu dengan 'drastic' pula, jadikan kebiasaan dulu untuk keluar berdua-duaan pergi membeli-belah barang-barang rumah dan lain-lain. Janji kita laksanakan teknik secara 'natural' supaya pasangan kita tak terus hairan dan mungkin terfikir kita ni dah buang tabiat atau sebagainya!
- 3) Buat 'surprise' sekali-sekala. Ingat jangan buat surprise yang betul-betul 'negative surprise' sampai memudaratkan, contohnya perkara-perkara yang tidak digemari dan tidak disukai oleh pasangan kita. Yang ini RH serahkan pada anda...sebab anda sahaja yang tahu apa yang boleh buat pasangan hidup anda gembira...contoh surprise yang positif ialah beli hadiah yang kecil-kecil yang simple tapi menarik. Bukan apa, sekadar nak tunjuk rasa hati kita ketika itu. Kalau ada pasangan yang masih tidak tahu menghargai yang kuat complaint contohnya, kita biarkan sahaja, sebaliknya teruslah mengkaji apa yang boleh buat pasangan kita tersentuh hati dengan penghargaan kita. Jangan putus asa sama sekali! Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.
- 4) Cuba latihkan diri dan perasaan anda untuk memandang perkara-perkara yang baik tentang pasangan anda atau kekuatan pasangan anda yang juga pertama kali dulu membuat anda jatuh cinta dan ingin jadikan diaorang menjadi pasangan hidup anda. Mesti adakan? Sekurang-kurangnya carilah 3-5 perkara baik pasangan anda. Setelah berjaya, cubalah pula anda wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang special itu. Itulah caranya yang akan membuat anda sentiasa saling menghargai. Kadang-kadang bila bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau saudara-mara, cubalah selitkan puji-pujian buat pasangan anda, atau kalau ada yang memuji pasangan anda, anda haruslah menyokong dan mengaku kebenaran sangkaan diaorang. Ini akan membuatkan anda lebih sayang pasangan anda dan membuatkan orang luar pandang tinggi dengan perhubungan anda.
- 5) Ini tips yang terakhir kot...selalunya waktu tidur dan bangun pagilah yang paling bermakna di dalam hidup masing-masing. Apatah lagi pada yang sudah berumahtangga. Akhiri hari anda dengan cium dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum-sebelum ini atau pada hari tersebut. Dan mulai lah hari berumahtangga anda dengan kata-kata yang menunjukkan anda sayang dan menghargai pasangan anda. Ini yang selalu kita terlepas pandang atau orang putih cakap 'take for granted'. Cuba anda amalkan sekali, anda pasti akan rasa bahagia dan lega dan dapat menghadapi hidup dengan lebih kuat.
Fuh! Kali ini RH rasa macam dah jadi "marriage consultant" pula. Panjang betul berceloteh...Buat sesiapa yang baca post kali ini, RH menulis dengan tinjauan serta permerhatian kehidupan kebanyakan orang-orang putih, baik realiti di Sydney ni mahupun melalui cerita-cerita filem yang RH tengok sebelum-sebelum ni. Dah lama dah sebenarnya RH nak berkongsi topik ni, tapi kurang idea...sampailah kakak-kakak RH yang di atas tu ingatkan RH.
Memang RH akui, bukan senang nak praktikkan, tetapi semuanya bermula dengan 'bersusah-susah dahulu' dan setiap perkara yang baik yang kita inginkan, hati yang bulat dan usaha yang berterusan, InsyaAllah, akan dibantu oleh Allah SWT untuk kita berjaya akhirnya. RH rasa perhubungan baik suami isteri bukan sahaja untuk pasangan-pasangan tersebut, tetapi juga untuk pembesaran anak-anak anda. RH percaya anak-anak boleh rasakan kebahagiaan yang wujud di antara ibubapa yang akan juga membuatkan akhlak diaorang terbentuk dengan baik.
RH harap, sesiapa yang baca post kali ini dapat sumbangkan idea-idea dan tips yang lain untuk kita berkongsi dengan kawan-kawan di sini. Jadikan blog ini untuk arena kita berbincang segala perkara yang baik dan boleh dijadikan contoh. Selamat mencuba tips-tips di atas dan selamat berbahagia!
Nenek & Atuk Blues Dan Kehidupan
Selepas kepenatan mengalami peristiwa menyedihkan semalam, RH terasa nak hiburkan hati dan melayan hati dengan baik. Kebetulan pula, hari ni RH ada kawan nak ajak teman jalan-jalan. Jalan-jalan di shopping centre pasti habis duit pula, kemudian RH teringat nak ajak kawan RH tu untuk menonton wayang kat panggung HOYTS (salah satu panggung wayang terkenal kat Australia ni). So, kitaorang pun terjah masuk saja tanpa browse 'now showing movie. Dan movie yang available pagi-pagi hari ni banyaknya movie untuk budak-budak(untuk adult pun boleh juga). Ada satu movie yang amat menarik untuk tontonan orang dewasa dan memang RH tertunggu nak tengok, "Seven Pounds" lakonan hero pujaan RH iaitu Mr Will Smith. Cerita tu memang sangat-sangat menyayat hati...tapi hari ni RH tak mau cerita pasal movie...walaupun best...sebab yang RH lebih teruja adalah pengalaman sepanjang berbaris nak beli tiket.
Waktu tunggu nak beli tiket (punya la panjang queue...maklumlah musim cuti sekolah kat sini)...RH mula perasan, boleh dikatakan 80 peratus orang ramai yang beratur sama-sama kitaorang adalah senior citizen. Senior citizen ni taraf nenek-nenek dan atuk-atuk kita yang dah tak larat nak berjalan-jalan apatah lagi merayau-rayau kat shopping-shopping centre atau dalam panggung wayang.
RH rasa begitu bangga dan seronok tengok semangat senior citizen di sini. Diaorang tidak hanya menyerah kepada keadaan tua diaorang. Sebaliknya diaorang suka nak jadi independent...pergi shopping barang-barang rumah sendiri, pergi minum-minum kopi dengan kawan-kawan, dan berjalan sambil berhibur dan bersenam sendiri tanpa bantuan anak-anak diaorang. Yang hari ni, RH perasan, setiap daripada senior citizen yang beratur, masing-masing bawa cucu-cucu diaorang...belanja tengok wayang...diaorang betul-betul cute! Dengan pakaian yang 'rugged', presentable dan kacamata hitam, 'summer hat' yang berbagai-bagai fesyen...pandai betul diaorang buat hidup menjadi masih menarik dan cantik dan ini membuat anak cucu pun respect dan anggap nenek-nenek dan atuk-atuk tu macam kawan-kawan sebaya diaorang.
Sebenarnya, bila difikirkan...masa tualah masa yang patut kita nikmati kehidupan di dunia ni (sambil tak lupa akhirat). Dan masa tua juga kita patut melakukan perkara-perkara yang lebih bermakna untuk hidup kita setelah kita lalui pengalaman-pengalaman pahit dan manis agar kita tunjuk rasa syukur ke hadrat Ilahi ke atas nikmat-nikmat yang telah diberikan. Bukan hanya dengan menyerah kepada keadaan yang membuatkan kita lebih sakit dan tak mampu dan terpaksa bergantung kepada anak-anak...itulah yang wujudnya pengabaian anak-anak terhadap orang tua diaorang. Ye la kan, diaorang pun ada keluarga sendiri dengan anak-isteri atau suami, kerja seharian...pasti terlepas pandang tanggungjawab untuk ibu bapa pula.
Di Australia ni, jarang terdapat rumah-rumah kebajikan untuk senior citizen, sebaliknya kerajaan bagi subsidi dan buat kebajikan dengan menggalakkan senior citizen diaorang hidup sendiri. Pendek kata, kebanyakan senior citizen ni semua menghabiskan hidup diaorang di rumah masing-masing bukan di rumah kebajikan. Diaorang boleh bangga dan 'self-esteem' lebih tinggi sebab ada kehidupan sendiri daripada bergantung dengan anak-anak. Namun, hubungan kasih sayang diaorang lebih kuat dengan anak-anak sebab sesekali berjumpa dan bermesra. Macam mana, kawan-kawan dah ada plan untuk hari tua? RH harap tulisan kali ini dapat beri idea untuk kawan-kawanfikir dan plankan masa tua masing-masing. Adios!
13.1.09
Idea Untuk Blogging Datang Mencurah-Curah!
RH mula kenal apa itu blog sejak tahun lepas, tahun 2008, dan mula berjinak-jinak untuk blogging ni bila RH menziarah seorang sahabat Australian yang terlantar sakit di hospital di sini tetapi masih bersemangat untuk meneruskan hidup disebabkan sudah "get addicted" dengan blogging. Sejak daripada hari tu, RH cuba "google" bagaimana hendak menghasilkan sebuah blog di internet dan kenapa ada sesetengah orang yang tak boleh duduk senyap, asyik-asyik hendak duduk di depan komputer untuk blogging.
Setelah RH dapat jawapannya, iaitu "kebebasan bercerita dan menulis apa saja" selagi tidak melanggar undang-undang di internet, itulah sebabnya komputer dan internet sekarang boleh menjadi kawan yang paling rapat daripada kawan-kawan rapat yang lain.
Setelah itu juga, setiap pagi selepas bangun tidur, RH terus duduk di depan komputer untuk menulis di blog atau RH akan bawa laptop berjalan-jalan di taman-taman di Sydney ni atau singgah di kedai-kedai kopi...minum 'latte' sambil update blog atau belajar bagaimana hendak jadi professional dalam blogging. Ini di tambah pula dengan keadaan dan tempat-tempat menarik serta perangai orang-orang di sini yang betul-betul memberi idea untuk RH terus-menerus menulis di blog.
Di sini juga, RH mengalu-alukan kawan-kawan supaya jangan duduk di depan komputer untuk 'facebook', 'friendster' atau 'myspace' saja...itu semua sangat bagus dan ada sesetengah kawan-kawan, RH tengok memang dah betu-betul banyak contacts dan networking dengan hanya ber'facebook'....Oleh yang demikian, langkah seterusnya, belajar-belajar lah menghasilkan blog dan jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain untuk bersembang-sembang atau berkongsi pendapat yang lebih panjang lebar di blog masing-masing.

10.1.09
Nak Panggil Nama Atau 'Mr.' 'Ms.' 'Mrs.' 'Uncle' Atau 'Auntie'?
Oh ya, bila sentuh persoalan seperti di atas...saya baru perasan, saya rasa seperti ada tembok batu yang besar (big gap) menghalang kemesraan kita bila bahasakan diri dengan 'saya'. Oleh yang demikian, mulai hari ini dengan rasminya saya bahasakan diri saya di sini dengan nama saya, Redish Heart atau singkatannya 'RH' saja. Okay kan?
Berbalik kepada panggilan nama..di kalangan orang-orang putih Australia ni, panggilan seperti 'uncle'..'auntie'...'sister'..'brother' jarang digunakan. Diaorang akan guna nama sahaja tanpa kenal umur atau pangkat untuk panggil seseorang. Apatah lagi bila diaorang dah kenal rapat atau kenal baik. Waktu kali pertama berada di tengah-tengah komuniti diaorang, terkena kejutan budaya juga bila anak saudara sahabat RH yang berumur 5 tahun bercakap-cakap dengan neneknya dengan memanggil nama..'Jenny' sahaja. Bila bersembang-sembang bertanyakan pendapat sana sini, baru RH perasan, bila orang putih semua ni panggil nama sahaja bermaksud diaorang rapat dan lebih mesra sesama sendiri. Diaorang akan guna gelaran 'Mr.' 'Ms.' 'Mrs' atau 'Sir' dan lain-lain, bila belum kenal atau pertama kali kenal atau dalam keadaan begitu formal sama ada di pejabat atau untuk tujuan bisnes.
Bagi panggilan 'sister' atau brother' pula di sini sering digunakan oleh orang-orang muslim selain daripada orang-orang melayu kita iaitu orang-orang 'Middle East' yang semakin ramai komunitinya di Australia ni. 'Auntie' atau 'uncle' pula akan hanya digunakan oleh orang-orang putih ni pada emak saudara atau bapa saudara betul. Kalau kita, orang melayu akan panggil sesiapa sahaja yang lebih tua (tua banyak) dengan panggilan makcik atau pakcik atau di zaman moden ni, 'auntie' atau 'uncle'.
Pada pendapat RH, 'sense of respect', kemesraan dan kasih sayang bukanlah hanya pada panggilan tapi bergantung kepada 'response' atau reaksi kita bila berurusan dengan seseorang. Memang tidak dinafikan budaya orang melayu kita sejak azali memang mementingkan cara panggilan tetapi RH amat berharap kita sertakan dengan sikap yang baik dan hati yang ikhlas, barulah lengkap budi bahasa kita yang boleh dibanggakan dan dijadikan contoh untuk bangsa asing.
7.1.09
Mat Salleh Tak Suka Lepak! Cuma Suka Minum Kopi...
Saya baru perasan, masalah "lepak" tak wujud di negara orang putih ni. Mungkin sebab diaorang tak pernah kenal perkatan"lepak" kot! :-) Hmm... mungkin jugak...tapi mengikut tinjauan saya sepanjang berada di Australia ni, di mana-mana pun, di jalan-jalan, di lorong-lorong, di komplek beli-belah...takde pun sorang yang duduk melepak atau duduk termenung atau buat lawak bodoh.
Saya terfikir juga sebab-sebab kenapa tak timbul persoalan "lepak" ni. Yang saya tahu kerajaan Australia ni ambil berat tentang masyarakat di sini dan perkembangan minda diaorang. Kerajaan Australia juga main peranan penting, since diaorang dah ada "power" in making the rules...dia buat undang-undang dan peraturan bagi membenteras masalah sosial di negara diaorang. Tapi yang bagusnya, rakyat tak dibeban dengan semua tu, sebab dalam masa yang sama kerajaan guna psikologi untuk membuatkan rakyat ikut peraturan dengan mudah dan ikhlas daripada hati sendiri. Contohnya, semua kedai dan pejabat (termasuklah komplek beli-belah) hanya dibenarkan beroperasi sahingga jam 5 petang, cuma hari Khamis ader "late night shopping". Bagus kan? Bukan sahaja masalah sosial kurang...duit pun tak mengalir keluar tanpa haluan...dengan cara itu jugak kerajaan diaorang ajar rakyat plan untuk kewangan masing-masing. Bunyi macam'berenang sambil minum air'...bukan 'berenang sampai lemas'! Inilah di antara budaya di sini sejak turun-temurun.
Ada sesetengah orang luar yang datang ke sini(termasuklah orang-orang Malaysia) berpendapat budaya di atas amatlah membosankan. Ye la, kalau nak dibandingkan dengan Malaysia...kat Kuala Lumpur tu...restoran mamak sampai jam 4 pagi pun ramai lagi...Kalau difikirkan semula atau kalau rajin cuba buat brainstorming atau senaraikan kebaikan dan keburukan jangka masa panjang....mesti senarai berat sebelah! Hanya kebaikan sebelah tuan punya restoran....
Buat pengetahuan semua, sesiapa yang tak perasan kebaikan budaya yang diamalkan oleh orang-orang putih seluruh dunia, umumnya, dan di Australia khasnya, diaorang ni masih luangkan masa untuk bersembang-sembang untuk bina persahabatan...iaitu dengan minum-minum kopi di luar. Di Australia ini terutamanya, orang-orang putih suka minum kopi dan duduk berehat di kedai-kedai kopi kecil di tepi-tepi jalan....sambil menikmati kopi dan cuaca dan baca-baca buku. Diaorang betul-betul menikmati semua tu terutama bila musim panas. Pada diaorang, itu semua dapat menghilangkan bosan dan dapat manfaatkan hidup.
Saya pun dah mula berjinak-jinak dengan budaya minum kopi ni, walaupun sebelum ni tak boleh langsung minum kopi sebab 'migrain'...tapi kopi yang 'light' semestinya...'latte'. Setelah mencuba beberapa kali, memang betul...banyak faedahnya...terutama untuk saya menjana idea untuk blog-blog saya.
Cadangan: Cuba-cubalah mengamalkan budaya sedemikian di tempat sendiri....kalau dah pernah cuba...kongsilah pengalaman di ruang komen di bawah....
Subscribe to:
Posts (Atom)