7.1.09

Mat Salleh Tak Suka Lepak! Cuma Suka Minum Kopi...




Saya baru perasan, masalah "lepak" tak wujud di negara orang putih ni. Mungkin sebab diaorang tak pernah kenal perkatan"lepak" kot! :-) Hmm... mungkin jugak...tapi mengikut tinjauan saya sepanjang berada di Australia ni, di mana-mana pun, di jalan-jalan, di lorong-lorong, di komplek beli-belah...takde pun sorang yang duduk melepak atau duduk termenung atau buat lawak bodoh.

Saya terfikir juga sebab-sebab kenapa tak timbul persoalan "lepak" ni. Yang saya tahu kerajaan Australia ni ambil berat tentang masyarakat di sini dan perkembangan minda diaorang. Kerajaan Australia juga main peranan penting, since diaorang dah ada "power" in making the rules...dia buat undang-undang dan peraturan bagi membenteras masalah sosial di negara diaorang. Tapi yang bagusnya, rakyat tak dibeban dengan semua tu, sebab dalam masa yang sama kerajaan guna psikologi untuk membuatkan rakyat ikut peraturan dengan mudah dan ikhlas daripada hati sendiri. Contohnya, semua kedai dan pejabat (termasuklah komplek beli-belah) hanya dibenarkan beroperasi sahingga jam 5 petang, cuma hari Khamis ader "late night shopping". Bagus kan? Bukan sahaja masalah sosial kurang...duit pun tak mengalir keluar tanpa haluan...dengan cara itu jugak kerajaan diaorang ajar rakyat plan untuk kewangan masing-masing. Bunyi macam'berenang sambil minum air'...bukan 'berenang sampai lemas'! Inilah di antara budaya di sini sejak turun-temurun.

Ada sesetengah orang luar yang datang ke sini(termasuklah orang-orang Malaysia) berpendapat budaya di atas amatlah membosankan. Ye la, kalau nak dibandingkan dengan Malaysia...kat Kuala Lumpur tu...restoran mamak sampai jam 4 pagi pun ramai lagi...Kalau difikirkan semula atau kalau rajin cuba buat brainstorming atau senaraikan kebaikan dan keburukan jangka masa panjang....mesti senarai berat sebelah! Hanya kebaikan sebelah tuan punya restoran....

Buat pengetahuan semua, sesiapa yang tak perasan kebaikan budaya yang diamalkan oleh orang-orang putih seluruh dunia, umumnya, dan di Australia khasnya, diaorang ni masih luangkan masa untuk bersembang-sembang untuk bina persahabatan...iaitu dengan minum-minum kopi di luar. Di Australia ini terutamanya, orang-orang putih suka minum kopi dan duduk berehat di kedai-kedai kopi kecil di tepi-tepi jalan....sambil menikmati kopi dan cuaca dan baca-baca buku. Diaorang betul-betul menikmati semua tu terutama bila musim panas. Pada diaorang, itu semua dapat menghilangkan bosan dan dapat manfaatkan hidup.

Saya pun dah mula berjinak-jinak dengan budaya minum kopi ni, walaupun sebelum ni tak boleh langsung minum kopi sebab 'migrain'...tapi kopi yang 'light' semestinya...'latte'. Setelah mencuba beberapa kali, memang betul...banyak faedahnya...terutama untuk saya menjana idea untuk blog-blog saya.

Cadangan: Cuba-cubalah mengamalkan budaya sedemikian di tempat sendiri....kalau dah pernah cuba...kongsilah pengalaman di ruang komen di bawah....

4 comments:

  1. saya sgt bersetuju dengan idea bernas redish heart...w/pun pada mulanya saya juga merasa kan budaya di atas adalah membosankan kerana telah terbiasa dengan cara hidup di Kuala Lumpur..tapi bila di fikirkan balik..ada baik nye cara hidup di Australia ni...kurang melepak...kurang juga duit yg keluar...harus di biasakan bile balik Malaysia nnt...

    ReplyDelete
  2. hmm....tq azlin...kerana menyetujui...tapi, rasa2 boleh ke dipraktikkan di Malaysia...bukankah orang kita dah terlalu berada dalam 'comfort zone'

    p/s: sebab tu redish heart rasa nak duduk australai saja...

    ReplyDelete
  3. nak kata setuju pun tak juga, jika difikir2kan kalau ade kedai mamak teh tarik mungkin diaorg lepak juga. Satu lagi duduk minum kopi tu boleh dikategorikan sebagai melepak jugak...'to kill the time'..kita dim'sia klu nak minum kopi 'latte' harganye mahal...paling murah pun rm6.90 tak termasuk tax..dan tehtarik di kedai mamak cuma rm1.20..klu cafe di kl letak harga kopi kurang dr rm3..takde untung la..beb..
    Tp di Australia...coffee nya berharga kurang dr Aud3..tentulah diaorg mampu...Kesimpulannye...(dah tersimpul nie) cuma dia org tak ade perkataan 'lepak'...klu kat pub tu..same jugak ye..ye..ye

    ReplyDelete
  4. Betul tu Sis...Banyak sebab kenapa diaorang tak lepak, 1st and foremost, sbb diaorang tak kenal perkataan "lepak"! :-)

    Tq Sis!

    ReplyDelete