31.1.09

White Man vs Malay Man? Yang Mana Lebih Understanding?


Sebelum RH meneruskan sebarang idea atau pendapat atau pandangan, RH nak minta maaf banyak-banyak terlebih dulu kalau ada yang terasa dan yang tersinggung. RH pilih topik ni berdasarkan perbualan RH dengan seorang teman baru-baru ini melalui telefon.

Dah lama jugal RH tak hubungi teman RH tu, tiba-tiba saja terlintas nak call dia sebab..RH terpaksa mengaku RH kebuntuan idea untuk post minggu ini lalu RH teringat teman RH tu yang hidupnya sangat kontroversi. Saja je nak cucuk sarang tebuan! Jangan marah ha...

Sebagai pendahuluan, biar RH cerita serba-sedikit siapa teman RH tu. Teman RH ni seorang wanita, seorang yang terkenal, dan seorang yang very easy-going dan dia amat susah untuk take things seriously. Terutama yang berkenaan dengan perhubungan. Dia pernah cuba serius, tapi gagal. Dia kata bila dia tak serius sangat, perhubungan tu jadi panjang dan kekal. Senangkan teori hidup teman RH tu? RH pernah tegur dia tentang berdosa di sisi agama kita, agama Islam, tapi RH tak dapat sebarang response dari teman RH bila sentuh soal agama. Moga-moga dia berfikir dan akan laksanakan bab agama bila sampai masanya nanti. Okaylah, sebenarnya bukan itu isu RH kali ini. Isu yang RH ambil daripada perbualan dengan teman RH ialah isu lelaki mat saleh dengan lelaki melayu.

Tegas teman RH, lelaki mat saleh ni lebih understanding and gentleman. Menurut sudut pandangan beliau dan pengalaman beliau (abaikan pengalaman pahit beliau), bila berkawan dan berkasih dengan lelaki melayu selalunya timbul soal atau masalah tak gentleman. Lelaki melayu hanya akan gentleman di saat permulaan perhubungan, setelah beberapa lama, diaorang akan abaikan wanita yang pernah diaorang agung-agungkan.

Itu pandangan teman RH....katanya lagi dia mengambil analogi begini:

Dialog di saat awal perhubungan di dalam situasi si wanita terlanggar batu dan terjatuh: "Cis! tak guna punya batu, duduk tengah-tengah jalan macam ni!"

Dialog di saat perhubungan dah dekat nak basi atau sudah basi! : "Apa ni? You butakah? Jalan tu baik-baik la sikit, tengoklah depan...."

Bunyi macam familiar tak? Kalau ada yang pernah mengalamai situasi yang seakan-akan di atas, RH berasa amat simpati.

Okay, berbalik pada jejaka mat saleh ni, 'romantika' diaorang lebih berpanjangan. Ini mungkin sebab budaya diaorang yang tak segan-silu menunjukkan kasih sayang diaorang pada isteri masing-masing. Diaorang juga dikatakan lebih understanding. Pendek kata, tak cemburu buta dan tak terlalu tegakkan hak diaorang sebagai suami. Bila terlalu meminta-minta itulah yang akan menyebabkan si isteri atau gilfriend menjadi semakin tak larat nak melayan!

Dan satu lagi, pada pandangan RH sendiri pula...daripada pemerhatian RH sepanjang bersahabat dengan lelaki-lelaki mat saleh, diaorang tak terlalu 'show off' kelelakian diaorang. Sebab diaorang dah sememangnya lelaki sejati. Satu lagi, diaorang ni banyaknya ikhlas di dalam sesebuah perhubungan. Tiada soal menjaga hati tapi, manis di depan sahaja tapi tak ikhlas di belakang pasangan. Diaorang akan cakap terus-terang kalau ada yang tak kena dalam perhubungan.

Nampaknya, itulah yang RH boleh beri pandangan dan dapat berkongsi cerita dengan sesiapa yang membaca blog post kali ini mengenai white man vs malay man.

5 comments:

  1. sgt setuju point berkaitan lelaki melayu yang pade awal perkenalan mcm 'pijak semut pon xmati' org kate, d agung si gf pada awal perhubungan na dekat bebrapa tahun hampeh (ckp based on own exp) tp knp mcm tu ye? masih tgh cr jawapan ni,=) nnway nice post!

    ReplyDelete
  2. Baity,

    Jawapannya.....Nothing Is Permanent But Changed....oleh itu kita kena pandai ikut arus dan rentak pasangan kita kot....ataupun, kita ambik inisiatif untuk buat perubahan ke arah yang dia suka...jangan 'overacting' dah!

    Anyway, thank you for dropping by....buat2 la selalu

    Adios amiga!

    ReplyDelete
  3. Lelaki melayu terlalu mengagungkan kuasa kelakian mereka and i believe, malay guys are more egoistic than mat saleh. Mcm kuasa polygamy, sometimes they take their power for granted, they lose respect towards their partners for the power they have.
    Hermm..

    ReplyDelete
  4. hmm...malay man tp dibesokan di cni...haha...

    ReplyDelete
  5. Hi Alissa,

    Hah! Itu dah lama RH tahu dah! Nanti kita cari sama-sama k...

    ReplyDelete