10.1.09

Nak Panggil Nama Atau 'Mr.' 'Ms.' 'Mrs.' 'Uncle' Atau 'Auntie'?



Oh ya, bila sentuh persoalan seperti di atas...saya baru perasan, saya rasa seperti ada tembok batu yang besar (big gap) menghalang kemesraan kita bila bahasakan diri dengan 'saya'. Oleh yang demikian, mulai hari ini dengan rasminya saya bahasakan diri saya di sini dengan nama saya, Redish Heart atau singkatannya 'RH' saja. Okay kan?

Berbalik kepada panggilan nama..di kalangan orang-orang putih Australia ni, panggilan seperti 'uncle'..'auntie'...'sister'..'brother' jarang digunakan. Diaorang akan guna nama sahaja tanpa kenal umur atau pangkat untuk panggil seseorang. Apatah lagi bila diaorang dah kenal rapat atau kenal baik. Waktu kali pertama berada di tengah-tengah komuniti diaorang, terkena kejutan budaya juga bila anak saudara sahabat RH yang berumur 5 tahun bercakap-cakap dengan neneknya dengan memanggil nama..'Jenny' sahaja. Bila bersembang-sembang bertanyakan pendapat sana sini, baru RH perasan, bila orang putih semua ni panggil nama sahaja bermaksud diaorang rapat dan lebih mesra sesama sendiri. Diaorang akan guna gelaran 'Mr.' 'Ms.' 'Mrs' atau 'Sir' dan lain-lain, bila belum kenal atau pertama kali kenal atau dalam keadaan begitu formal sama ada di pejabat atau untuk tujuan bisnes.

Bagi panggilan 'sister' atau brother' pula di sini sering digunakan oleh orang-orang muslim selain daripada orang-orang melayu kita iaitu orang-orang 'Middle East' yang semakin ramai komunitinya di Australia ni. 'Auntie' atau 'uncle' pula akan hanya digunakan oleh orang-orang putih ni pada emak saudara atau bapa saudara betul. Kalau kita, orang melayu akan panggil sesiapa sahaja yang lebih tua (tua banyak) dengan panggilan makcik atau pakcik atau di zaman moden ni, 'auntie' atau 'uncle'.

Pada pendapat RH, 'sense of respect', kemesraan dan kasih sayang bukanlah hanya pada panggilan tapi bergantung kepada 'response' atau reaksi kita bila berurusan dengan seseorang. Memang tidak dinafikan budaya orang melayu kita sejak azali memang mementingkan cara panggilan tetapi RH amat berharap kita sertakan dengan sikap yang baik dan hati yang ikhlas, barulah lengkap budi bahasa kita yang boleh dibanggakan dan dijadikan contoh untuk bangsa asing.

2 comments:

  1. Betul la tu RH, kalau lebih mesra kalau panggil nama. Tapi kalau lelaki ngan lelaki cam manja plak bunyi nyer kalau bahasa kan diri ngan nama kan? (Kalau sebaya). Hehehe... Kat Malaysialah

    ReplyDelete
  2. Hehehe...Mas Dino...betul jugak ye..tapi kalau kat Australia ni, lelaki ngan lelaki. diaorang sebut "mate" which in their accent dah jadi "mait"!

    Tq Mas Dino for dropping by this blog and leave some words...

    By the way, what's your opinion of this blog and the theme? any suggestion? thanking you in advance...

    ReplyDelete