28.1.09

Cinta, Seks & Perhubungan Yang Kekal




Hari ini RH nak sambung bercerita tentang 'relationship' lagi...Bukan apa, sebab baru-baru ini RH singgah sekejap di pejabat kakak RH dan berpeluang bersembang-sembang dengan salah seorang kawan punjabi yang kebetulan lalu di hadapan pejabat kakak RH. Kawan punjabi tu terkeluar cerita tentang wanita melayu selalunya (berdasarkan pendapat beliau) semakin kurang berminat di dalam perhubungan seks setelah menjalani hidup berkahwin selama beberapa tahun. Itu, RH serah kalah untuk terus berdebat sebab RH kurang pasti sejauh mana kebenarannya. Katanya lagi itulah yang akan menyebabkan wanita melayu, khasnya, dan wanita-wanita umumnya akan nampak lebih tua daripada umur diaorang sebab kurang aktif dalam aktiviti seks.

Kalau dari segi umumnya, RH berani mengaku bahawa pendapat itu benar. RH ada terbaca di dalam sebuah buku yang mengatakan hubungan seks inilah yang akan membuatkan semua organ dan sel badan serta perjalanan darah menjadi 90 peratus lebih baik dan aktiviti jugak adalah salah satu sumber awet muda!

Menarikkan? Di samping dapat berseronok dan menikmati aktiviti tersebut secara halal dengan suami atau isteri...dapat pula 'ubat' untuk kekal muda. RH harap, kawan-kawan yang telah berumah tangga, janganlah sia-siakan kelebihan kenikmatan yang Allah kurniakan. Tambahan pula, kepada yang memang sudah mengetahui tentang kenyataan ini, teruskanlah bermesra-mesra dan bermanja-manja dengan pasangan masing-masing. Kebaikan yang anda akan perolehi bukan sahaja untuk anda dan pasangan tetapi juga untuk bakal anak atau anak-anak yang sedia ada. Anak-anak akan turut gembira sebab diaorang boleh rasa 'chemistry' emak bapa diaorang.

Kalau di sini pula, RH tengok pasangan suami isteri tidak segan-segan bermesra dan masih beromantik dengan tahap maksimumnya walaupun berada di depan anak-anak. Tambahan pula, budaya diaorang sememangnya sudah begitu.

Bercakap tentang budaya orang putih ni, RH tersenyum sendiri bila terkenangkan waktu sedang memandu ke salah sebuah market di Sydney ni tiba-tiba RH terpandang sebuah iklan di 'billboard' yang besar yang berbunyi begini " You want to stay longer?". Mula-mula RH ingatkan to stay alive ke atau stay young..bla..bla...bla...rupa-rupanya stay longer in making love!



Selepas beberapa hari lihat iklan sedemikian di billboard yang besar tu, RH terperasan pula iklan yang sama juga wujud di kaca tv di sini. Sambil tersengeh seorang diri, RH terfikir orang putih ni really 'all out' di dalam mengusahakan sesuatu, terutama di dalam hal-hal kekeluargaan dan keibubapaan. Diaorang tak segan-segan untuk berbincang atau berjumpa konsultan sekiranya diaorang mempunyai masalah di dalam hubungan suami isteri dan sebagainya. Mungkin disebabkan itulah kes perceraian tidak menjadi kes hebat di negara diaorang berbanding di negara kita, Malaysia. Kalau tak salah RH kes cerai-berai ni dah jadi macam cendawan tumbuh di sana! Tak larat pejabat-pejabat agama berhadapan dengan kes-kes sedemikian dari sehari ke sehari ye...

Itulah idea yang terlintas oleh RH untuk dikongsi bersama sekali ini berkenaan relationship. Diharap perbincangan kali ini dapat bagi informasi supaya kawan-kawan refresh semula perhubungan dengan cara-cara yang lebih kreatif dan menarik untuk masa depan hubungan kasih sayanag yang kekal sehingga akhir hayat. Itu sahaja harapan RH kali ini sepanjang melontar idea-idea untuk dikongsi bersama di dalam blog ini.

4 comments:

  1. Wanita Melayu kurang bersenam. Apabila sudah jadi suri rumah tangga, lebih suka menjaga badan dengan gaya fesyen dan penampilan. Sudahlah seharian urus rumah tangga, masak, jaga anak, sebelum pikirkan tentang sex sudah penat dahulu.

    Sebenarnya, Wanita Melayu terkenal sebagai isteri dan suri rumah tangga yang baik dan terhormat di kalangan masyarakat orang putih. Berpakaian kebaya, baju kurang dan menutup aurat. Manis sekali di pandang. "Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati?"

    ReplyDelete
  2. Betul tu...RH setuju.....tapi setakat baik dan terhormat....si suami tak tertawan sangat...sometime we have to be wild...for him la...of course...in bed! Baru akan buat dia teringat2!

    Anyway....thank you for your opinion...really appreciate it...buat2 la selalu

    ReplyDelete
  3. Rina suka ayat k'sha tu! hahaha.. i agree.

    Actually, kita ingat dah ckup untuk cantik di mata suami n jd mcm wanita melayu terakhir, but marriage has got a lot more to offer. So do your best to the the limit. Plus the fact that guys nowadays smakin exposed dgn pornography, so they have more skills, greater desires and how do they apply them? - definitely untuk isteri. Tak mcm mat saleh, boley je apply utk random girls.

    p/s: K'sha punya turn nk kawin bila ni? hehe. cheers.

    ReplyDelete
  4. Wah...Rina...fast learner!

    I agree with you too....bak kata pepatah...live life to the fullest!

    My turn? Hmm...soon kot...InsyaAllah

    ReplyDelete