14.1.09

"Malu" Nak Romantik Di Khalayak Ramai? Tips Dan Cara-Cara Nak Indahkan Semula Perhubungan







Semalam RH pergi melawat seorang sahabat yang baru lepas pembedahan di Prince of Wales Private Hospital, Sydney. RH doakan semoga sahabat RH tu cepat sembuh dan dilindungi Allah SWT hendaknya. Yang seronoknya, RH dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain iaitu all the dearie sisters yang juga datang melawat sahabat RH pada hari dan waktu yang sama.

Kakak-kakak angkat RH tu semua adalah kakak-kakak yang paling 'sporting' yang RH pernah jumpa. Diaorang semua aktif dalam facebook...pendek kata selalu 'online' kat internet juga la...tambah-tambah yang jadi surirumahtangga sepenuh masa...

Bila bersembang-sembang dan cerita-cerita tentang kehidupan masing-masing...kakak-kakak RH tu sempat bertanya tentang perkembangan blog-blog RH, terutama blog yang ini. Pada masa yang sama, RH pun baru tersedar yang kakak-kakak RH tu semua tak ada seorang pun yang tinggal sebarang komen atau pendapat di blog RH ni sejak hari pertama RH mulakan blog ni. Bila RH risik-risik dengan diaorang...baru terkeluar cerita yang diaorang tak tahu nak komen apa sebab topik-topik di blog ni macam tak ada kena-mengena sangat dengan diaorang. Selepas bercakap-cakap...kakak-kakak RH tu sempat berikan cadangan supaya RH ceritakan sesuatu yang ada kaitan dengan kehidupan diaorang. Oleh yang demikian topik kali ini, RH nak sentuh soal hubungan atau ikatan kasih sayang di dalam sesebuah perhubungan, terutama hubungan suami isteri.

RH sering juga berjalan-jalan seorang di taman-taman dan di pusat membeli-belah di Sydney ni. Bukan apa, sekadar nak tengok gelagat orang-orang putih kat sini untuk dijadikan bahan tulisan RH. Di antara perkara yang RH paling suka di negara orang putih ni ialah cara 'keromantikan' kebanyakan pasangan-pasangan suami-isteri atau pasangan kekasih diaorang.

Orang putih ni suka berciuman dan berpelukan di mana-mana sahaja diaorang suka. Bukan cium yang penuh nafsu tu...tapi ciuman yang penuh dengan kasih-sayang. Diaorang cium dan peluk pasangan masing-masing bila diaorang rasa macam nak peluk dan cium. Ada yang buat sambil naik 'escalator'..sambil beratur sama-sama nak beli bayar barang kat kaunter...Diaorang tak tahan-tahan atau pendam atau halang perasaan dengan keegoan.

Diaorang amalkan sikap menghormati pasangan masing-masing dan saling menghargai. Memang la tak dinafikan budaya dan agama diaorang berbeza dengan budaya dan agama orang kita. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan-pasangan kita tidak boleh romantik dan tidak mesra sepanjang masa. Takkan kot, romantik atau mesra tu hanya terjadi bila kita di ranjang bersama pasangan kita?

Maksud RH, cuba-cubalah cari masa dan tempat yang sesuai untuk bermesra dengan isteri atau suami walaupun sekejap setiap hari. Pelukan dan ciuman adalah di antara perkara yang mudah untuk dilakukan untuk 'rasa' sayang dan disayangi sepanjang masa. Tak semestinya ciuman yang dari mulut ke mulut sahaja...ciuman di dahi atau di tangan. Kalau berjalan-jalan tu, ambil peluang untuk pegang tangan...jangan pula bagi alasan macam-macam kalau pasangan masing-masing ingin berbuat demikian...Di atas penulisan ni ada RH sertakan gambar-gambar contoh untuk kita bermesra dengan pasangan kita. Cuba-cubalah renungkan dan fikirkan apa yang RH akan terus tulis....

RH tahu pada sesetengah pasangan ada perasaan malu, tapi malu pun bukanlah alasan yang kukuh untuk kita tidak boleh bermesra dan bermanja. Inilah yang dikatakan menyekat, menghalang atau memendam sahaja perasaan sehinggalah ia menjadi 'habit' dan kebiasaan orang-orang kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh menafikan bahawa kita ingin disayangi, dibelai dan dimanja selalu...Penafian perasaan akan membuatkan hati kita menjadi keras macam batu. Bila hati keras kita tidak membuka jalan untuk pihak pasangan kita mengambil inisiatif untuk memulakan sesuatu yang romantik. Perkara sedemikian akan menyebabkan lama-kelamaan sudah tidak menjadi satu amalan dan budaya di dalam hidup berkasih-sayang di kalangan pasangan orang-orang melayu kita.

Oleh itu, RH menyeru kepada pasangan-pasangan di luar sana...baik lelaki atau perempuan...jangan biar amalan dan budaya yang salah mengharamkan perkara yang halal dan yang dituntut oleh agama dilaksanakan. Kelak, rosak rumahtangga dan binasalah agama dan bangsa.

Buat sesiapa yang tertanya-tanya atau masih tidak ada idea macam mana nak jadi romantik, di sini RH cadangkan beberapa perkara untuk kita ambil langkah-langkah ke arah lebih mesra di dalam perhubungan:
  • 1) Duduk bersendirian dan bersandar serta kosongkan fikiran..cuba kenangkan semula perasaan pertama dan istimewa yang kita alami semasa di alam awal percintaan dengan pasangan hidup kita yang sekarang ni. Jangan pula terkenangkan 'ex-boyfriend' atau 'ex-girlfriend' yang lama-lama...jangan cuba cari masalah! Cuba wujudkan perasaan yang sama sekarang juga, terutama sekiranya sekarang berada dengan pasangan kita. Okay, now...buat apa nak buat...nak peluk ke, nak cium ke...nak pegang tangan ke...atau nak senyum sambil renungkan atau ke...sampai pasangan kita rasa pelik dan kurang selesa. Ops, kalau pasangan anda jadi marah, jangan salahkan RH...mungkin cara anda senyum tak betul kot....instead of senyum sayang...anda senyum kambing...apa tak kena marah. Buat yang tak berada dengan pasangan anda sekarang, bila dah wujudkan perasaan sayang...teruslah anda telefon isteri atau suami tercinta...kalau diaorang terus jawab...bercakaplah dengan nada yang lembut dan tunjukkanlah perasaan anda dengan memberitahu anda rindu padanya atau kalau malu nak mula...cakaplah rindu pada apa yang pasangan kita pernah buat pada kita yang kita suka. Itu tandanya menghargai segala kasihsayang pasangan kita. Tetapi pada yang tak berjaya cakap terus dengan pasangan, tak angkat telefonlah contohnya...lagi senang kot...tinggal saja sesuatu pesanan yang romantik di 'voice message' telefon tu. Dan kalau semuanya tak berjaya...yang paling mudah ambil sekeping kertas dan pen, tulislah sesuatu yang romantik dan simple dan serahkan pada pasangan kita mengikut kekreatifan masing-masing. RH dah penat otak nak fikirkan cara-cara dan method untuk point di atas untuk dikongsi di sini...
  • 2) Cara seterusnya...carilah masa untuk anda dan pasangan anda berdua-duaan. Tak payah nak bawa anak-anak atau ajak kawan-kawan teman. Kadang-kadang bila berpeluang berada berdua-duaan sahajalah yang akan memudahkan perasaan kasih-sayang kita pasangan masing-masing. Buat yang ada anak-anak kecil...jangan jadikan alasan....jadikan satu kemestian juga sekali-sekala cari orang untuk tolong 'babysit' anak-anak...hanya untuk beberapa jam...Tak payahlah kita nak buat sesuatu dengan 'drastic' pula, jadikan kebiasaan dulu untuk keluar berdua-duaan pergi membeli-belah barang-barang rumah dan lain-lain. Janji kita laksanakan teknik secara 'natural' supaya pasangan kita tak terus hairan dan mungkin terfikir kita ni dah buang tabiat atau sebagainya!
  • 3) Buat 'surprise' sekali-sekala. Ingat jangan buat surprise yang betul-betul 'negative surprise' sampai memudaratkan, contohnya perkara-perkara yang tidak digemari dan tidak disukai oleh pasangan kita. Yang ini RH serahkan pada anda...sebab anda sahaja yang tahu apa yang boleh buat pasangan hidup anda gembira...contoh surprise yang positif ialah beli hadiah yang kecil-kecil yang simple tapi menarik. Bukan apa, sekadar nak tunjuk rasa hati kita ketika itu. Kalau ada pasangan yang masih tidak tahu menghargai yang kuat complaint contohnya, kita biarkan sahaja, sebaliknya teruslah mengkaji apa yang boleh buat pasangan kita tersentuh hati dengan penghargaan kita. Jangan putus asa sama sekali! Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.
  • 4) Cuba latihkan diri dan perasaan anda untuk memandang perkara-perkara yang baik tentang pasangan anda atau kekuatan pasangan anda yang juga pertama kali dulu membuat anda jatuh cinta dan ingin jadikan diaorang menjadi pasangan hidup anda. Mesti adakan? Sekurang-kurangnya carilah 3-5 perkara baik pasangan anda. Setelah berjaya, cubalah pula anda wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang special itu. Itulah caranya yang akan membuat anda sentiasa saling menghargai. Kadang-kadang bila bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau saudara-mara, cubalah selitkan puji-pujian buat pasangan anda, atau kalau ada yang memuji pasangan anda, anda haruslah menyokong dan mengaku kebenaran sangkaan diaorang. Ini akan membuatkan anda lebih sayang pasangan anda dan membuatkan orang luar pandang tinggi dengan perhubungan anda.
  • 5) Ini tips yang terakhir kot...selalunya waktu tidur dan bangun pagilah yang paling bermakna di dalam hidup masing-masing. Apatah lagi pada yang sudah berumahtangga. Akhiri hari anda dengan cium dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum-sebelum ini atau pada hari tersebut. Dan mulai lah hari berumahtangga anda dengan kata-kata yang menunjukkan anda sayang dan menghargai pasangan anda. Ini yang selalu kita terlepas pandang atau orang putih cakap 'take for granted'. Cuba anda amalkan sekali, anda pasti akan rasa bahagia dan lega dan dapat menghadapi hidup dengan lebih kuat.

Fuh! Kali ini RH rasa macam dah jadi "marriage consultant" pula. Panjang betul berceloteh...Buat sesiapa yang baca post kali ini, RH menulis dengan tinjauan serta permerhatian kehidupan kebanyakan orang-orang putih, baik realiti di Sydney ni mahupun melalui cerita-cerita filem yang RH tengok sebelum-sebelum ni. Dah lama dah sebenarnya RH nak berkongsi topik ni, tapi kurang idea...sampailah kakak-kakak RH yang di atas tu ingatkan RH.

Memang RH akui, bukan senang nak praktikkan, tetapi semuanya bermula dengan 'bersusah-susah dahulu' dan setiap perkara yang baik yang kita inginkan, hati yang bulat dan usaha yang berterusan, InsyaAllah, akan dibantu oleh Allah SWT untuk kita berjaya akhirnya. RH rasa perhubungan baik suami isteri bukan sahaja untuk pasangan-pasangan tersebut, tetapi juga untuk pembesaran anak-anak anda. RH percaya anak-anak boleh rasakan kebahagiaan yang wujud di antara ibubapa yang akan juga membuatkan akhlak diaorang terbentuk dengan baik.

RH harap, sesiapa yang baca post kali ini dapat sumbangkan idea-idea dan tips yang lain untuk kita berkongsi dengan kawan-kawan di sini. Jadikan blog ini untuk arena kita berbincang segala perkara yang baik dan boleh dijadikan contoh. Selamat mencuba tips-tips di atas dan selamat berbahagia!

13 comments:

  1. Salam RH,

    Nice topic...Sebagai tambahan untuk tips romantika d'amour.....amalkan aktiviti massage pasangan walaupun sekejap kerana ianya merupakan antara yang perlu dalam kehidupan romantik bagi menimbulkan rasa kasih sayang antara pasangan...

    ReplyDelete
  2. Salam RH,

    Nice topic.....cuma nak tambah tips romantika d'amour...selalulah lakukan aktiviti massage pasangan anda kerana ianya akan membuahkan rasa kasih sayang antara pasangan.....

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot wahai Ms Serpentine...RH betul2 menghargai cadangan tambahan Serpentine.

    Good point though....InsyaAllah, bila dah ada pasangan hidup, RH akan lakukan seperti yang dicadangkan...hmm...massage memang penting untuk pengaliran darah juga!

    ReplyDelete
  4. Well done RH. Tak da nak tambah. Relationship is hard work, and marriage is harder, esp if both kepala batu. As it is, after 8 years!!! I'm still struggling and much appreciated any tips and ideas to keep the peace (upmost) and romance...

    ReplyDelete
  5. kakak divas sekelian...komen jgan tak komen...RH dah masuk kan topik yg berkenaan dgn kakak2 divas dh tu....hehehhe....

    RH saya pun malu nk tunjukan kan kemesraan depan org ramai...mgkin sbb kite ni melayu dan dah di ajar supaya jagan sopan santu dan malu2 depan org ramai ni...tak pe la...oleh kerana kat sini tak ramai yg kenal...so boleh la bermesra2 dpan org ramai...nnt i prektis okeh...

    ReplyDelete
  6. Sudah menjadi 'cultural norm' kita adalah tidak sopan untuk bermesra di khalayak ramai.Nasib2 tak baik di saman atau di bagi warning kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Dan seperti di ketahui umum, rakyat malaysia paling suka 'staring at people'...kita akan menjadi renungan tajam mereka...salah satu sikap buruk rakyat malaysia.
    (ini pandangan i bab2 kissing in public...masa bercinta dulu ade jugak terlepas dua tiga kali)

    ReplyDelete
  7. To Mai Hamed,

    That is true...however...kata pepatah orang melayu...hendak seribu daya taknak seribu dalih...by hook or by crook...salah seorang kena juga struggle to initiate the romance in a marriage

    thanks for your words

    ReplyDelete
  8. To Azlin,

    Kan RH dah kata dah..."malu" salah satu sebab...betul tu ambil la peluang kita kat sini...adapting their good culture which is not really extreme...believe me, nanti bila balik Malaysia, Cik Azlin tak akan kekok sangat nak practice mcm tu...lagipun...bukan menjadi kesalahan, cuma kita orang melayu yang terlalu kuat dengan adat dan budaya yang kadang0kadang menghalang sesuatu yang baik berlaku.

    Selamat mencuba Cik Azlin...kalau tak berani yang obvious...try la yang ringan2 dulu...hehehehe

    ReplyDelete
  9. To Pn Lisa,

    Itu la yang RH sedih sangat....undang-undang yang bukan2 terpaksa dilaksanakan sebab ada yang salah guna atau salah faham tentang konsep 'bermesra di mana-mana sahaja'.

    Thank you for dropping by...

    P/s: Pn Lisa, RH rasa elok juga terlepas lagi berkasih-kasihan in public...orang nak cakap apa...dengan suami sendiri kan?

    ReplyDelete
  10. Hai Redish Heart! Panjang post kali ni. Nak tambah satu, kalau solat jangan lupe solat bersama. Ini pun antara cara untuk lebih mesra dengan pasangan dan juga anak-anak. K

    ReplyDelete
  11. Hi Cik Sapiah,

    :-) post panjang? Itulah...bila nak banyak idea...

    Saya setuju sangat dengan tips tu...memang solat bersama boleh mengukuhkan lagi ukhwah..apalagi ukhwah suami isteri...

    terima kasih..

    ReplyDelete
  12. tlg carikan pakwe melayu tp dibesokan di sydney, plizzzz

    ReplyDelete
  13. Cik Alissa...

    Ader ramai.....tapi bukan you dah dapat ke satu? You tak nak cakap kat I yer?

    Thank you dear for your words...and following this blog

    ReplyDelete