13.1.09

Idea Untuk Blogging Datang Mencurah-Curah!

RH mula kenal apa itu blog sejak tahun lepas, tahun 2008, dan mula berjinak-jinak untuk blogging ni bila RH menziarah seorang sahabat Australian yang terlantar sakit di hospital di sini tetapi masih bersemangat untuk meneruskan hidup disebabkan sudah "get addicted" dengan blogging. Sejak daripada hari tu, RH cuba "google" bagaimana hendak menghasilkan sebuah blog di internet dan kenapa ada sesetengah orang yang tak boleh duduk senyap, asyik-asyik hendak duduk di depan komputer untuk blogging.

Setelah RH dapat jawapannya, iaitu "kebebasan bercerita dan menulis apa saja" selagi tidak melanggar undang-undang di internet, itulah sebabnya komputer dan internet sekarang boleh menjadi kawan yang paling rapat daripada kawan-kawan rapat yang lain.
Setelah itu juga, setiap pagi selepas bangun tidur, RH terus duduk di depan komputer untuk menulis di blog atau RH akan bawa laptop berjalan-jalan di taman-taman di Sydney ni atau singgah di kedai-kedai kopi...minum 'latte' sambil update blog atau belajar bagaimana hendak jadi professional dalam blogging. Ini di tambah pula dengan keadaan dan tempat-tempat menarik serta perangai orang-orang di sini yang betul-betul memberi idea untuk RH terus-menerus menulis di blog.

Di sini juga, RH mengalu-alukan kawan-kawan supaya jangan duduk di depan komputer untuk 'facebook', 'friendster' atau 'myspace' saja...itu semua sangat bagus dan ada sesetengah kawan-kawan, RH tengok memang dah betu-betul banyak contacts dan networking dengan hanya ber'facebook'....Oleh yang demikian, langkah seterusnya, belajar-belajar lah menghasilkan blog dan jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain untuk bersembang-sembang atau berkongsi pendapat yang lebih panjang lebar di blog masing-masing.

2 comments:

  1. RH saya rasa boleh la saudari RH kongsi di sini bagaimana cara2 hendak memulakan satu blog agar kawan2 lain dpt idea dan seterus nya dpt menghasil kan satu blog mcm yg saudari buat..mgkin kebanyakan dari mereka tidak aware atau tidak pernah tahu bagimana nk mula kan satu2 blog...

    pertanyaan: bagaiman RH dapat idea tulis blog setiap hari...cara nye? mane dpt ilham..
    kadang2 saya ada byk benda yg nk di tulis dlm blog saya..tapi tak tau bagaimana nk elaborate dlm bentuk tulisan...care to share? tenkiu..

    ReplyDelete
  2. Azlin,

    Terima kasiih kerana sudi menjadi pengikut setia blog ini dan sudi mninggalkan pendapat di beberapa post RH.

    InsyaAllah, saya boleh kongsi ilmu dan pengalaman bagaimana nak hasilkan blog ini di dalam post-post yang akan datang.

    Jawapan kepada pertanyaan:
    Dengan jadi alert dengan apa yang terjadi di sekeliling kita...itu saja caranya...

    Tips untuk put everything into writing:
    Dulu, RH pun macam tu juga, ida banyak tapi bila nak tulis, 'stuck'...
    Cara RH ambil untuk atasi ialah dengan mempermudahkan cara meluahkan idea, iaitu tulis dengan bahasa kita brcakap tiap-tiap hari.Tak payah nak trlalu formal atau berbunga. Satu lagi jangan biar diri dibelenggu dengan information yang meluap-luap...kadang-kadang satu idea...ada macam-macam benda nak cerita, itu yang menghalang kita dari terus menulis. Dan yang terakhir, bila dah idea, terus taip dan masukkan dalam komputer atau tulis atas kertas, jangan ditangguh...Ingat, idea tercipta hanya di fikiran dan di hati, tapi idea tertulis dengan sebatang pen/pensil dan sekeping kertas, tapi zaman la ni...dengan keypad dan komputer...

    Oleh yang demikian, belajarlah mula menulis sebaik sahaja dapat idea dan make it simple dulu....

    Harap tips di atas sedikit sebanyak dapat bantu Azlin aktifkan semula blog sendiri....tq

    ReplyDelete