14.1.09

Nenek & Atuk Blues Dan Kehidupan


Selepas kepenatan mengalami peristiwa menyedihkan semalam, RH terasa nak hiburkan hati dan melayan hati dengan baik. Kebetulan pula, hari ni RH ada kawan nak ajak teman jalan-jalan. Jalan-jalan di shopping centre pasti habis duit pula, kemudian RH teringat nak ajak kawan RH tu untuk menonton wayang kat panggung HOYTS (salah satu panggung wayang terkenal kat Australia ni). So, kitaorang pun terjah masuk saja tanpa browse 'now showing movie. Dan movie yang available pagi-pagi hari ni banyaknya movie untuk budak-budak(untuk adult pun boleh juga). Ada satu movie yang amat menarik untuk tontonan orang dewasa dan memang RH tertunggu nak tengok, "Seven Pounds" lakonan hero pujaan RH iaitu Mr Will Smith. Cerita tu memang sangat-sangat menyayat hati...tapi hari ni RH tak mau cerita pasal movie...walaupun best...sebab yang RH lebih teruja adalah pengalaman sepanjang berbaris nak beli tiket.

Waktu tunggu nak beli tiket (punya la panjang queue...maklumlah musim cuti sekolah kat sini)...RH mula perasan, boleh dikatakan 80 peratus orang ramai yang beratur sama-sama kitaorang adalah senior citizen. Senior citizen ni taraf nenek-nenek dan atuk-atuk kita yang dah tak larat nak berjalan-jalan apatah lagi merayau-rayau kat shopping-shopping centre atau dalam panggung wayang.

RH rasa begitu bangga dan seronok tengok semangat senior citizen di sini. Diaorang tidak hanya menyerah kepada keadaan tua diaorang. Sebaliknya diaorang suka nak jadi independent...pergi shopping barang-barang rumah sendiri, pergi minum-minum kopi dengan kawan-kawan, dan berjalan sambil berhibur dan bersenam sendiri tanpa bantuan anak-anak diaorang. Yang hari ni, RH perasan, setiap daripada senior citizen yang beratur, masing-masing bawa cucu-cucu diaorang...belanja tengok wayang...diaorang betul-betul cute! Dengan pakaian yang 'rugged', presentable dan kacamata hitam, 'summer hat' yang berbagai-bagai fesyen...pandai betul diaorang buat hidup menjadi masih menarik dan cantik dan ini membuat anak cucu pun respect dan anggap nenek-nenek dan atuk-atuk tu macam kawan-kawan sebaya diaorang.

Sebenarnya, bila difikirkan...masa tualah masa yang patut kita nikmati kehidupan di dunia ni (sambil tak lupa akhirat). Dan masa tua juga kita patut melakukan perkara-perkara yang lebih bermakna untuk hidup kita setelah kita lalui pengalaman-pengalaman pahit dan manis agar kita tunjuk rasa syukur ke hadrat Ilahi ke atas nikmat-nikmat yang telah diberikan. Bukan hanya dengan menyerah kepada keadaan yang membuatkan kita lebih sakit dan tak mampu dan terpaksa bergantung kepada anak-anak...itulah yang wujudnya pengabaian anak-anak terhadap orang tua diaorang. Ye la kan, diaorang pun ada keluarga sendiri dengan anak-isteri atau suami, kerja seharian...pasti terlepas pandang tanggungjawab untuk ibu bapa pula.

Di Australia ni, jarang terdapat rumah-rumah kebajikan untuk senior citizen, sebaliknya kerajaan bagi subsidi dan buat kebajikan dengan menggalakkan senior citizen diaorang hidup sendiri. Pendek kata, kebanyakan senior citizen ni semua menghabiskan hidup diaorang di rumah masing-masing bukan di rumah kebajikan. Diaorang boleh bangga dan 'self-esteem' lebih tinggi sebab ada kehidupan sendiri daripada bergantung dengan anak-anak. Namun, hubungan kasih sayang diaorang lebih kuat dengan anak-anak sebab sesekali berjumpa dan bermesra. Macam mana, kawan-kawan dah ada plan untuk hari tua? RH harap tulisan kali ini dapat beri idea untuk kawan-kawanfikir dan plankan masa tua masing-masing. Adios!

7 comments:

  1. Ya.. orang tua dekat sini sangat independent. Kalau tak boleh berjalan pun, masih keluar guna kerusi roda electric. Mereka suka mengamalkan prinsip live life to the fullest. Mungkin budaya dan cara pemikiran, tapi ada juga kemungkinan pengaruh kemudahan infrastruktur yang sangat memudahkan mereka termasuk mereka yang kurang upaya. Apa-apa pun, saya rasa contoh budaya ini, adalah salah satu budaya yang boleh dijadikan contoh buat kita.

    ReplyDelete
  2. Yea...I like the term..."live life to the fullest"

    Tq Hawa....

    ReplyDelete
  3. Yes, dulu pernah sekali saya ke London masa honeymoon dgn suami, saya tengok ramai nenek2 dan kadang2 ada yg berpasangan keluar shoping sama2. Seronok tengok nampak mereka enjoy dengan kehidupan mereka.

    http://www.jutawansenyap12.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Saudari Khadijah,

    Itu la...saya benar-benar berharap generasi kita bila tua nanti akan amalkan kehidupan yang sama macam orang-orang putih ni.

    tq for your message...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Tahniah RH atas ilham blog ini. Seronok membaca catatan RH. Lebih seronok bila baca mengenai "hari tua". Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Nice blog..salam perkenalan..
    Maybe soon kite boleh bertukar2 pendapat..

    ReplyDelete
  7. Hi Yana,

    Tq sis! Salam perkenalan to you too...

    Yea...would love to exchange opinions...

    ReplyDelete